Tuesday, June 28, 2005


Gambar ni masa aku dan rerakan pergi ke pulau redang. ia mengambil masa dalam 35-40 minit. hmm..nasib baik tak der yang mabuk laut...naik bot laju dari jeti merang. indah sungguh pemandangan sepanjang perjalanan ke pulau redang. Posted by Hello


Alooo... Cuti2 malaysia kita hari ni.. hehe.. ni lah dia, gambar aku masa gi pulau redang. Sebenarnya ada lawatan kerja ke KUSTEM. Jadi dah terlanjur tu.. opss... hehe... gi lerpulau redang. hmm.. memang cantik.... hehe... aper yang cantik tu..?? haha... datang ler pulau redang sendiri yer.. hmm.. ni gambar masa sebelum menaiki bot utk pergi s"nork"ling hehe...snorkling kat taman laut.. ada macam2 kat sana.. ikan2 dan juga terumbu karang.. hmm... olin, ko biler nak gi sini...hehe Posted by Hello

Wednesday, June 22, 2005


Jejak kasih ke jejak kekasih.. hehe... ni lah gambar tergezut masa game kat UM. Beriya2 bebudak aku nak amik gambar... glamour lah kejap.. hehe.. budak tu kerja kat kuittho.. kat tempat lokman.. samalah jugak , pusat komputer... amacam lokman.. kenal tak?? hehe.... Posted by Hello


Hmm.. Sudah berhari hari den buat code utk diari ni...baru semalam berjaya. Masalahnya hari tu den setkan dia fix boleh masuk 2 column jer... skang ni bebas.. nak masuk seratus juta pun boleh...hehe.. tgk gak code dari php , tapi lagi pening aku dibuatnya.. nasib baik tak muntah2.. kalau tak olin yang bertanggung jawap... hahaha.... Posted by Hello

Wednesday, June 15, 2005


Fuhyooo.. biler lah nak dapat pakai keta ni.. hehe.... Amacam gerek tak.?? Lawa siut.. kalah anak kak olin... muahahahaaa.... Posted by Hello

Thursday, June 09, 2005


Ini sesi taklimat ringkas sebelum menyerang USM. Baru Lepas buat regangan pemanas badan. Fuh.. garangnya muka aku... hehehe Posted by Hello

Friday, June 03, 2005


Kajian Luar Induksi di Rompin selama 2 hari, Rempoh halangan, malam ada night walk nasib baik tak jumpa antu jean.. hehehe... Posted by Hello


Program Sabtu minggu kedua... kumpul ramai2, makan kek harijadi... mencekik aper yang ada.... hehehe Posted by Hello

Orang,Atok dan Aku rasa...

ORANG KATA.. enjoy sementara muda, hiduppanjang lagi, dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang barubermula, tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyaksacrifice, constant study..past yearpapers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje, dah adatarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut,kalau ajal..entah bila siapapun tak tahu, byk pulatu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, NeracaMizan, tayangan slide..
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. have fun on your birthday, panggilkekawan and sedara mara, berpartylah sepanjangmalam, make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakinhampir, hampir setahun dengan kematian, setahunlagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..baru hati puas!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas?? dah cukupibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siapkenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukupzikir untuk santapan rohani? dah cukup amalnak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. successful people have a goodtime management, ada bisnes di KL, new york,tokyo.. masih sempat berkempen utk pilihanraya,masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orangboleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlmsehari, tapi.. ada masa ke utk sujud di sejadah 5kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nakjenguk/telefon ibu ayah di kampung, sekali dalamseminggu, atau sebulan, atau setahun
AKU RASA..........

Thursday, June 02, 2005

Tragedi Jun..

Hmm.. aku bekerja seperti biasa hari ini, tapi mata aku ni macam ada pemberat 5 kg jer rasa... dapat tidobest ni... lagipun aku ada meeting dengan pendaftar kul 9 pagi ni, membincangkan pasal kenaikan gaji tahunan dan perkara2 berbangkit... dalam mata aku syok melayan nikmat ketiduran, aku dikejutkan dengan tangisan dan pekikan rakan sekerja aku. Perempuan ler.. saper lagik.. hehe.. rerupanya, akak dia dan suami serta anaknya terlibat dalam satu kemalangan di gapam. Akaknya tersepit. Aku tanpa berlengah setiap saat bergegas ke tempat kejadian. sampai2 jer... sepitan yang menyepit akak dia tadi telah dilepaskan oleh bomba. Ternampak sekujur tubuh perempuan mengandung terbaring di tepi jalan manakala anak dan suami dia telah dihantar ke hospital berhampiran. Sayu menyelubungi tempat kejadian. Akak dia ni bekerja ditempat aku cuma je pejabat lain2. Suaminya bekerja satu pejabat dengan aku.. mereka sekeluarga rapat dengan staf dipejabat aku. Setelah selesai ditempat kejadian, aku dan rerakan bergegas ke Hospital Melaka utk melihat keadaan rakan aku dan anaknya. Setibanya di hospital, rakan aku berada didalam bilik x-ray. Keluar sahaja dari bilik x-ray, dia menanyakan keadaan arwah bini dia. Sedih .... tapi rakan yang lain cakap o.k jer..takut nanti terganggu keadaan dia. Dengarnya , kaki kirinya cedera parah, tulang pinggul yang bersambung dengan tulang kaki tu ada masalah. mungkin kena buat pembedahan. rahangnya pun jatuh, tulang selangka ada 2 yang patah , dan luka2 lain. hmm... Anaknya pula patah kaki dan tangan, lehernya tak tau nak kata. Kemudian, aku pulang ke opis utk cuba meneruskan kerja. tapi tak terdaya... malas kot.. hehe.. setelah jenazah arwah telah dimandikan dan dikafankan, aku dipahamkan, suaminya dapat tahu yang isterinya telah meninggal dunia bersama2 anak dalam kandungannya. Sedih menyelubungi bilik mayat, dimana si suami hanya boleh berbaring mengusap mayat arwah isteri sambil meminta maaf dan meminta menghalalkan makan dan minum nya. Si suami juga sempat memegang arwah anaknya yang dikeluarkan dari dalam kandungan. Semua orang didalam bilik mayat menitiskan air mata . Anaknya yang tercedera pun berada didalam bilik yang sama melihat ibunya buat kali yang terakhir. sebak aku mendengar cerita rakan yang berada didalam bilik mayat tersebut. Anak dia yang tercedera ada berkata " Umi dah tak der, umi dah meninggal". Bertambah lah sedih dan tangis keadaan didalam bilik mayat. Jenazah arwah di bawa ke KUTKM untuk disembahyangkan beramai2. kemudian terus dihantar ke kampungnya. Aku dan rakan opis bergegas ke Felda bukit Sengeh utk melihat pengkebumiannya. Jenazah dikebumikan selepas asar. Selepas tu aku pun bergegas pulang ke Opis dan terus melawat rakan (Suami) dan anaknya. Sampai sahaja di wad, aku terus bersalam dengannya dan menenangkannya. Dia ada bercerita tentang arwah yang telah meninggalkannya. Sebak dan sedih....Kemudian aku dan rakan pergi melawat anaknya pula.. tetapi anak nya belum keluar dari bilik pembedahan. Dengarnya dimasukkan besi di kaki yang patah, tangannya pula dimasukkan dawai. Hari ni baru nak gi melawat anaknya..

Wednesday, June 01, 2005


Kenduri budak ghumah kat Bukit Jalil.. Adik dia Jimnas negara, Nurul Fatihah kot...hehe..boleh tahan.... Posted by Hello