Thursday, June 02, 2005

Tragedi Jun..

Hmm.. aku bekerja seperti biasa hari ini, tapi mata aku ni macam ada pemberat 5 kg jer rasa... dapat tidobest ni... lagipun aku ada meeting dengan pendaftar kul 9 pagi ni, membincangkan pasal kenaikan gaji tahunan dan perkara2 berbangkit... dalam mata aku syok melayan nikmat ketiduran, aku dikejutkan dengan tangisan dan pekikan rakan sekerja aku. Perempuan ler.. saper lagik.. hehe.. rerupanya, akak dia dan suami serta anaknya terlibat dalam satu kemalangan di gapam. Akaknya tersepit. Aku tanpa berlengah setiap saat bergegas ke tempat kejadian. sampai2 jer... sepitan yang menyepit akak dia tadi telah dilepaskan oleh bomba. Ternampak sekujur tubuh perempuan mengandung terbaring di tepi jalan manakala anak dan suami dia telah dihantar ke hospital berhampiran. Sayu menyelubungi tempat kejadian. Akak dia ni bekerja ditempat aku cuma je pejabat lain2. Suaminya bekerja satu pejabat dengan aku.. mereka sekeluarga rapat dengan staf dipejabat aku. Setelah selesai ditempat kejadian, aku dan rerakan bergegas ke Hospital Melaka utk melihat keadaan rakan aku dan anaknya. Setibanya di hospital, rakan aku berada didalam bilik x-ray. Keluar sahaja dari bilik x-ray, dia menanyakan keadaan arwah bini dia. Sedih .... tapi rakan yang lain cakap o.k jer..takut nanti terganggu keadaan dia. Dengarnya , kaki kirinya cedera parah, tulang pinggul yang bersambung dengan tulang kaki tu ada masalah. mungkin kena buat pembedahan. rahangnya pun jatuh, tulang selangka ada 2 yang patah , dan luka2 lain. hmm... Anaknya pula patah kaki dan tangan, lehernya tak tau nak kata. Kemudian, aku pulang ke opis utk cuba meneruskan kerja. tapi tak terdaya... malas kot.. hehe.. setelah jenazah arwah telah dimandikan dan dikafankan, aku dipahamkan, suaminya dapat tahu yang isterinya telah meninggal dunia bersama2 anak dalam kandungannya. Sedih menyelubungi bilik mayat, dimana si suami hanya boleh berbaring mengusap mayat arwah isteri sambil meminta maaf dan meminta menghalalkan makan dan minum nya. Si suami juga sempat memegang arwah anaknya yang dikeluarkan dari dalam kandungan. Semua orang didalam bilik mayat menitiskan air mata . Anaknya yang tercedera pun berada didalam bilik yang sama melihat ibunya buat kali yang terakhir. sebak aku mendengar cerita rakan yang berada didalam bilik mayat tersebut. Anak dia yang tercedera ada berkata " Umi dah tak der, umi dah meninggal". Bertambah lah sedih dan tangis keadaan didalam bilik mayat. Jenazah arwah di bawa ke KUTKM untuk disembahyangkan beramai2. kemudian terus dihantar ke kampungnya. Aku dan rakan opis bergegas ke Felda bukit Sengeh utk melihat pengkebumiannya. Jenazah dikebumikan selepas asar. Selepas tu aku pun bergegas pulang ke Opis dan terus melawat rakan (Suami) dan anaknya. Sampai sahaja di wad, aku terus bersalam dengannya dan menenangkannya. Dia ada bercerita tentang arwah yang telah meninggalkannya. Sebak dan sedih....Kemudian aku dan rakan pergi melawat anaknya pula.. tetapi anak nya belum keluar dari bilik pembedahan. Dengarnya dimasukkan besi di kaki yang patah, tangannya pula dimasukkan dawai. Hari ni baru nak gi melawat anaknya..

1 Ko-men:

At 2:16 PM, Blogger Puan Olynn said...

Sedihnye... Kem salam takziah kat kawan ko tu.. Al-Fatihah utk arwah Isteri & anak dia....

 

Post a Comment

<< Home